Senin, 25 Mei 2009

Bubar DUN : Pelancaran Puasa Sunat dan Mogok Lapar pagi ini

IPOH : Satu pelancaran puasa sunat dan mogok lapar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat akan disempurnakan oleh Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Muhamaad Nizar Jamaluddin dan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar bertempat di perkarangan Wisma DAP Ipoh pagi ini pada jam 10.00 pagi. Setakat yang saya maklum dijangkakan ramai umat Islam khususnya untuk warga Perak telah memulai puasa sunat 3 hari bermula hari ini bertutur-turut sehingga Khamis ini. Selain itu untuk mereka yang berminat melakukan mogok lapar mereka akan disediakan khemah-khemah yang akan menempatkan mereka diperkarangan Wisma DAP mulai pagi ini. Dijangkakan program ini akan menarik minat penyokong pakatan Rakyat yang bukan Islam. Inilah pertama kali program seumpama ini dilakukan di Perak dan di Malaysia. dipetik dari blog CINA ISLAM

MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN

MAHKAMAH RAYUAN KETEPIKAN DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN oleh :Mohamed Hanipa Maidin Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau. Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri. Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”. Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen. b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ). c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai. YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia." Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan. Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini. Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak. Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus. Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam. Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat. Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik. 21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut . Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry. Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.

Zambry Marah Digelar Menteri Besar Mahkamah

Dr Zambry Abd Kadir marah apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memberi gelaran "Menteri Besar Mahkamah" kepada beliau. Sebaliknya beliau mahu gelaran tersebut diberikan kepada Nizar Jamaluddin yang menurutnya orang yang memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah. "Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Nik Aziz) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum. "Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry yang dipetik Bernama. Sabtu lepas Nik Aziz berkata Dr Zambry adalah Menteri Besar Mahkamah kerana tidak mewakili seluruh rakyat Perak. Beliau menduduki kerusi Mneteri Besar selepas Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu mengisytiharkannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah. Dr Zambry juga menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu. "Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah.Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan. "Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satusatunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti. Gelaran yang diberikan kepada beliau mungkin bersesuaian melihat kepada ketidaksanggupan beliau mengadakan undi tidak percaya terhadap Ni zar dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan enggan membubarkan DUN bagi membuka laluan kepada pilihan raya baru negeri.

Sikap Dr Zambry yang mahu terus memegang jawatan tersebut hasil pekutusan mahkamah menyakinkan lagi rakyat bahawa gelaran yang diberikan oleh Nik Aziz kepada beliau tepat dan benar.

-TVAntara.com.my-

RUPANYA SAJAK "MENCARI DAMAI ABADI" LAH PEMBUNUH POLITIK UMNO SEJAK 2004!

Anggota-anggota Umno digesa agar menggunakan semua bentuk media sebagai alat untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan orang Melayu terhadap parti itu. Pesan Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan kepada Ketua-ketua Penerangan UMNO di Wilayah Persekutuan. Berdasarkan kenyataan itu, UMNO memperakui bahawa partinya telah kehilangan keyakinan dan sokongan termasuk gulungan muda. Pernahlah UMNO berfikir isu hilang sokongan bukan kerana rakyat atau orang melayu berputusan hubungan dengan media dan tidak tahu menahu apa yang berlaku terhadap negeri mereka. Mereka dahulu sudah pun melepasi 50tahun menyerahkan Negara ini ditadbirkan oleh UMNO, dari Perikatan hingga ke Barisan Nasional. Kenapa UMNO tidak pernah memikirkan juga bahawa yang penting sekarang bukan rakyat tidak mengerti atau faham apa yang berlaku sebaliknya rakyat melihat dan mendengar apa yang berlaku kepada tanah airnya. Pada tahun 1999 dengan gerakan reformasi yang begitu kuat, dan ekonomi yang merudum, UMNO/Barisan Nasional boleh lagi menguasai 2/3 Kerajaan Persekutuan dan semua negeri kecuali Kelantan dan Trengganu, kerana apa menang? Jawabpannya kepercayaan kepada pemimpin dan Perdana Menteri masa itu bernama Dr Mahathir Mohamad. Maka ditanya orang, kenapa pula di Trengganu kalah teruk, jawabpannya sama kerana pemimpin. Disebabkan Wan Mokhtar Ahmad terlalu liat hendak meninggalkan Darul Iman samada secara sukerela atau dipaksakan, maka rakyat Trengganu termasuk ahli UMNO yang menghalaunya. Bila Dr Mahathir Mohamed digantikan kepada Abdullah Hj Ahmad. Pada pilihanraya umum 2004, harapan rakyat begitu tinggi kepadanya, sokongan tidak berbelah bagi. UMNO/Barisan Nasional diterima balik sebagai parti yang terkuat dalam sejarahnya berdasarkan jumlah kawasan Parlimen dan Dewan Negeri masa itu Tetapi kesetian rakyat dan ahli UMNO dipersiakan oleh Abdullah Hj Ahmad yang membawa sajak atau puisi ‘Mencari Damai Abadi’-nya. Sajak itulah yang membunuh kerjaya politiknya dan ahli UMNO dan rakyat membayar terlalu mahal harga untuk menghantar dia hanya layak agaknya jika tidak memasuki politik sebagai pesara PTD dengan tugas akhir sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kebajikan Masyarakat dengan menghilangkan dominan kuasa UMNO/Barisan Nasional di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak melalui demokrasi. Kesimpulan bahasa UMNO ditolak bukan kerana UMNO lemah atau tidak pernah berjasa, begitu juga bukan kerana rakyat tidak membaca media dan penjelasan tetapi kerana pemimpin. Abdullah Hj Ahmad punca segala sebab apa yang terpaksa ditanggung oleh ahli-ahli UMNO/Barisan Nasional sekarang. Mereka ini, ahli-ahli UMNO bukan Menteri atau orang berdagang, mereka terdiri para nelayan, petani, kaum buruh dan kelas menengah Melayu. Mereka yang terkesan dengan malu dan hilang semangat atas kekalahan UMNO/Barisan Nasional Orang saperti Abdullah Hj Ahmad tidak merasakan saperti bersalah, dia boleh ketawa riang dengan jumlah pencen yang diterima sebulan hampir nilai sebuah rumah kos murah bagi penduduk miskin, dan menikmati kekayaannya, mungkin masa berkuasa disamping telah memperkayakan anak dan menantu. Kerajaan pula menghadiahkan dia rumah yang bernilai tanahnya dipingir Tasik Perdana mungkin mencecah RM5juta. Walau pun khabarnya dia sudah pun punya rumah di Perth, yang tidak berjawab sampai sekarang, ya atau tidak milik dia. Maka apa dia peduli lagi dengan UMNO. Sekarang yang menderita ahli-ahli UMNO yang betul-betul ahli UMNO, pada mereka yang menjadikan UMNO sebagai kuda tunggangan mencari kekayaan, menang atau kalah UMNO dimasa depan bukan masalahnya baginya lagi. Walau pun hari ini Malaysia dan UMNO sudah mempunyai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang baru. Itu tidak menjamin UMNO boleh kembali lagi saperti ditahun 2004. malah tahun-tahun kehadapan mungkin UMNO akan hanya menjadi sejarah. Dikatakan begitu, ialah bila melihat perlantikan para Menteri Kebinet, Ahli-Majlis Tertinggi tambahan dan membawa kepada perlantikan kejawatan Badan Perhubungan UMNO Negeri, orang yang tahu, akan tahu bahawa mereka yang diberikan jawatan itu berdasarkan kepada ‘yang memberi yang merasa’. Maksudnya yang memberi yang merasa ialah mereka yang menyokong kepimpinan samada Presiden atau Timbalan Presiden dan bukannya orang itu boleh berkerja dan melaksanakan dasar-dasar Parti dan pembangunan dan ada semangat juang untuk memulihkan kuasa UMNO. Sang Kelembai: Hideyoshi berpesan 400 tahun dulu mungkin juga ditujukan kepada pemimpin UMNO. ‘Pemimpin yang hanya mengejar kepentingan diri sendiri akan berakhir dalam kegagalan. Organisasi mana pun yang mendapat kejayaan jangka panjang harus memberi kembali kepada masyarakat dimana organisasi itu dilahirkan’ Dicatat oleh Zaharin Mohd Yasin di Kuala Lumpur Isnin, Mei 25, 2009