Senin, 25 Mei 2009

RUPANYA SAJAK "MENCARI DAMAI ABADI" LAH PEMBUNUH POLITIK UMNO SEJAK 2004!

Anggota-anggota Umno digesa agar menggunakan semua bentuk media sebagai alat untuk meraih kembali keyakinan dan sokongan orang Melayu terhadap parti itu. Pesan Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan kepada Ketua-ketua Penerangan UMNO di Wilayah Persekutuan. Berdasarkan kenyataan itu, UMNO memperakui bahawa partinya telah kehilangan keyakinan dan sokongan termasuk gulungan muda. Pernahlah UMNO berfikir isu hilang sokongan bukan kerana rakyat atau orang melayu berputusan hubungan dengan media dan tidak tahu menahu apa yang berlaku terhadap negeri mereka. Mereka dahulu sudah pun melepasi 50tahun menyerahkan Negara ini ditadbirkan oleh UMNO, dari Perikatan hingga ke Barisan Nasional. Kenapa UMNO tidak pernah memikirkan juga bahawa yang penting sekarang bukan rakyat tidak mengerti atau faham apa yang berlaku sebaliknya rakyat melihat dan mendengar apa yang berlaku kepada tanah airnya. Pada tahun 1999 dengan gerakan reformasi yang begitu kuat, dan ekonomi yang merudum, UMNO/Barisan Nasional boleh lagi menguasai 2/3 Kerajaan Persekutuan dan semua negeri kecuali Kelantan dan Trengganu, kerana apa menang? Jawabpannya kepercayaan kepada pemimpin dan Perdana Menteri masa itu bernama Dr Mahathir Mohamad. Maka ditanya orang, kenapa pula di Trengganu kalah teruk, jawabpannya sama kerana pemimpin. Disebabkan Wan Mokhtar Ahmad terlalu liat hendak meninggalkan Darul Iman samada secara sukerela atau dipaksakan, maka rakyat Trengganu termasuk ahli UMNO yang menghalaunya. Bila Dr Mahathir Mohamed digantikan kepada Abdullah Hj Ahmad. Pada pilihanraya umum 2004, harapan rakyat begitu tinggi kepadanya, sokongan tidak berbelah bagi. UMNO/Barisan Nasional diterima balik sebagai parti yang terkuat dalam sejarahnya berdasarkan jumlah kawasan Parlimen dan Dewan Negeri masa itu Tetapi kesetian rakyat dan ahli UMNO dipersiakan oleh Abdullah Hj Ahmad yang membawa sajak atau puisi ‘Mencari Damai Abadi’-nya. Sajak itulah yang membunuh kerjaya politiknya dan ahli UMNO dan rakyat membayar terlalu mahal harga untuk menghantar dia hanya layak agaknya jika tidak memasuki politik sebagai pesara PTD dengan tugas akhir sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kebajikan Masyarakat dengan menghilangkan dominan kuasa UMNO/Barisan Nasional di Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak melalui demokrasi. Kesimpulan bahasa UMNO ditolak bukan kerana UMNO lemah atau tidak pernah berjasa, begitu juga bukan kerana rakyat tidak membaca media dan penjelasan tetapi kerana pemimpin. Abdullah Hj Ahmad punca segala sebab apa yang terpaksa ditanggung oleh ahli-ahli UMNO/Barisan Nasional sekarang. Mereka ini, ahli-ahli UMNO bukan Menteri atau orang berdagang, mereka terdiri para nelayan, petani, kaum buruh dan kelas menengah Melayu. Mereka yang terkesan dengan malu dan hilang semangat atas kekalahan UMNO/Barisan Nasional Orang saperti Abdullah Hj Ahmad tidak merasakan saperti bersalah, dia boleh ketawa riang dengan jumlah pencen yang diterima sebulan hampir nilai sebuah rumah kos murah bagi penduduk miskin, dan menikmati kekayaannya, mungkin masa berkuasa disamping telah memperkayakan anak dan menantu. Kerajaan pula menghadiahkan dia rumah yang bernilai tanahnya dipingir Tasik Perdana mungkin mencecah RM5juta. Walau pun khabarnya dia sudah pun punya rumah di Perth, yang tidak berjawab sampai sekarang, ya atau tidak milik dia. Maka apa dia peduli lagi dengan UMNO. Sekarang yang menderita ahli-ahli UMNO yang betul-betul ahli UMNO, pada mereka yang menjadikan UMNO sebagai kuda tunggangan mencari kekayaan, menang atau kalah UMNO dimasa depan bukan masalahnya baginya lagi. Walau pun hari ini Malaysia dan UMNO sudah mempunyai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang baru. Itu tidak menjamin UMNO boleh kembali lagi saperti ditahun 2004. malah tahun-tahun kehadapan mungkin UMNO akan hanya menjadi sejarah. Dikatakan begitu, ialah bila melihat perlantikan para Menteri Kebinet, Ahli-Majlis Tertinggi tambahan dan membawa kepada perlantikan kejawatan Badan Perhubungan UMNO Negeri, orang yang tahu, akan tahu bahawa mereka yang diberikan jawatan itu berdasarkan kepada ‘yang memberi yang merasa’. Maksudnya yang memberi yang merasa ialah mereka yang menyokong kepimpinan samada Presiden atau Timbalan Presiden dan bukannya orang itu boleh berkerja dan melaksanakan dasar-dasar Parti dan pembangunan dan ada semangat juang untuk memulihkan kuasa UMNO. Sang Kelembai: Hideyoshi berpesan 400 tahun dulu mungkin juga ditujukan kepada pemimpin UMNO. ‘Pemimpin yang hanya mengejar kepentingan diri sendiri akan berakhir dalam kegagalan. Organisasi mana pun yang mendapat kejayaan jangka panjang harus memberi kembali kepada masyarakat dimana organisasi itu dilahirkan’ Dicatat oleh Zaharin Mohd Yasin di Kuala Lumpur Isnin, Mei 25, 2009

Tidak ada komentar:

Posting Komentar