Jumat, 23 Oktober 2009

Berhala Dalam Diri

Oleh : Nash Ar-Rawy Ramai yang tidak menyangka ‘Berhala” bisa ada dalam diri; sebagaimana tidak menyangka cempedak jadi nangka atau penemuan baru : cempedaknangka. Kalangan politikus , ramai yang tanpa menyedari bahawa ‘Berhala” sudah ada dalam diri. Antaranya, yang berani dan celupar menyatakan ; Hudud tiada sesuai di zaman siber dan kalau di potong tangan dan kaki; nanti bisa buat sup. Ini semua adalah persendaan terhadap Yang Empunya Global dan Yang Empunya Hukum selaku ‘The Absolute Law Giver “. Percakapan ini adalah bicara ke-Berhala-an dalam diri; kerna menolak ke-Tuhan-an dalam perundangan ; lantaran ke-Tuhanan-an tiada lagi di dalam hati dan diri. Menolak rasuah , tidak salahguna kuasa , pangkat dan kedudukan adalah amalan ke-Tuhan-an dan disebaliknya adalah amalan ke-Berhala-an. Perasuah adalah perilaku ke-Berhala-an dan menentang amalan rasuah adalah syaksiyyah ke-Tuhan-an dalam diri kendiri; yang beriman , bijaksana dan muttaqin ( bertakwa) Justeru itu, melantik , memilih dan mengundi calun perasuah sebagai wakil rakyat atau bersubahat untuk memenangkannya adalah perbuatan ke-Berhala-an yang nyata kerna prinsip ke-Tuhan-an menyatakan pemberi dan penerima rasuah ; kedua-duanya masuk neraka. Ke-Tuhan-an bererti bukan menjadi Tuhan tetapi ke Tuhan itu menuju ke Tuhan. Sementara, ke-Berhala-an bererti berhala ada dalam diri kerna menuju ke “ Berhala”; apabila tepuk dada tanya selera bukan tanya iman. Hadis nabi menyatakan : “ Tiada beriman bagi orang yang tiada berakhlak “ Hadis ini dituju kepada semua termasuk, ustaz, guru, ulamak , Tok Guru dan orang awam ; jika tiada berakhlak maka hilanglah iman. Justeru itu, mestilah ada : Iman , Islam dan Akhlak ; kerna akhlak itu terbitan daripada Iman ( di dalam diri ) dan dibuktikan dengan Islam iaitu penyerahan diri pada ‘Dia’ di dalam segala tingkah laku , perbuatan. dan syaksiyyah diri Tingkahlaku yang jahat lagi mengkufuri atau menentang dan mengingkari perintah Tuhan dan berakhlak buruk dan keji walaupun di kalangan ilmuan yang professional dan guru agama adalah tingkahlaku ke-Berhala-an dalam diri. Anologinya mudah sekali untuk difahami . Siapakah itu iblis ? Bukankah sebelum itu dikenali sebagai azazil; ‘Tok Guru’ di langit yang dipergurui oleh para malaikat ketika itu! Ertinya , ke-Berhala-an dan ke-Tuhan-an bisa berlaku di mana-mana dan bisa menjadi pencetus diri dalam diri mana-mana manusia tanpa mengira derajat dan kedudukannya dalam masyarakat . Mau ke mana kamu ? ke Tuhan atau ke Berhala ? Jangan sandiwara diri kerna ; diri terperi dan diri kamu sebenar yang di dalam itu ; akhirnya akan di ketahui khalayak juga apabila diri yang sebenarnya terserlah dengan akhlak yang buruk yang tidak mencerminkan iman dalam diri. Songlap wang zakat fitrah , Tabung Haji, Bank Islam , adalah antara contoh berlakunya ke-berhala-an yang ketara sekali pada institusi yang dihormati dan kepercayaan masyarakat. Salahgunakuasa , ‘selective punishment’ dan penyewengan yang sering berlaku dalam SPR, mahkamah, PDRM ,ISA peguam negara dan SPRM yang menjadi kuda tunggangan untuk menjamin kesinambungan talian hayat UBN adalah kerna elemen-elemen ke-Berhala-an yang bertapak di dalamnya. Justeru itu , UBN samasekali tiada berani meletakkan institusi –institusi tersebut di bawah kuasa parlimen ‘yakni di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong bukannya di bawah manipulasi dan salahguna kuasa PM. dan thoghut ke-Berhala-an UBN di peringkat makro ke-Berhala-an di dalam sistem pemerintahan sekular nasionalis/SMS(SATU MALAYSIA SEKULAR) Di peringkat mikro ke-Berhala-an adalah pada diri individu itu sendiri. Sikap sombong , bongkak , ria’ , ‘ujud , takabur , dengki , dendam, kesumat dan adudomba , memfitnah orang ; adalah antara ciri ke-Berhala-an di dalam diri. Maksiat batin dan syirik kahfi mengkahfi ini hendaklah di buang dan dikikis-habis sifat-sifat mazmumah yang keji dan tercela ini dengan sifat –sifat mahmudah; yakni yang baik , suci murni dan terpuji. Diri yang di dalam adalah pada asalnya suci , bersih dan murni kerna roh itu suci dan datang daripada Penciptanya Yang Maha Suci. Justeru itu, mengapa harus kamu mengotori diri kamu ? Mengapa harus dibiarkan ke-Berhala-an itu bertapak dan menjadi parasit dalam diri kamu. ? Jangan sehingga ibarat kata ; pokok mati dan parasit menjadi pokok dan mengambil-alih diri kamu sepenuhnya , nauzubil lahi minzalik. Orang yang melakukan sesuatu yang salah , kemudian sanggup bersumpah dengan nama Tuhan dan mempergunakan nama Tuhan dalam pengakuan bersumpuh tersebut ; demi untuk menyelamatkan diri dan menutup kesalahan yang dilakukan . Adalah juga sumpuhan ke-Berhala-an kerna sudah hilang ke-Tuhan-an dalam dirinya . Contohnya , bersumpuh dengan nama Tuhan di depan hakim tidak melafazkan talak ke atas isteri sedang perkara itu berlaku atau bersumpah dengan nama Tuhan diri disodomi ( liwat ) oleh Si Polan sedangkan perkara tersebut tiada pernah berlaku adalah sumpahan ke-Berhala-an belaka. Membunuh, peras ugut , merogol, merompak, menipu, rasuah, berjudi , mabuk dan berzina adalah perbuatan yang berlaku kerna hilang dan lenyapnya elemen ke-Tuhan-an di dalam diri . Lantaran itu , diri dikuasai oleh virus ke-Berhala-an yang bersada dan membarahi diri kendiri ; nauzubil lahi minzalik. Dalam hal ke-Berhala-an ini, jangan sekali-kali dipersalahkan syaitan yang di kambinghitamkan ( ‘scape goat’) kerna diri sendiri yang sudah menjadi syaitan; justeru kerana menolak dan mencampakkan elemen ke-Tuhan-an dalam diri dan membiarkan elemen dan pengaruh ke-Berhala-an menguasai diri. Firmanul lahu,” Sesungguhnya ( wahai Muhammad ) musuh kamu yang paling nyata adalah syaitan dari kalangan MANUSIA dan Jin … maksud Qur’an. Firmanul lahu lagi . “ Ani’budullah wajtanibut thoghut “ ( Beriman dengan Allahu dan menjauhi thoghut / berhala ) dan maksud Qur’an : ‘Mengkufurkan thoghut / berhala dan beriman dengan Allahu ‘. Dan ayat :”lata’budussyaiton inna lahu lakum ‘adu wun mudin” ( Jangan kamu menyembah syaitan , sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang paling nyata sekali . . Justeru itu hindarkanlah syrik kahfi mengkahfi di dalam diri semada disedari atau tidak supaya ke-Berhala-an itu terhapus sepenuhnya di dalam diri dan senantiasa di dalam ke-Tuhan-an di dalam dan di luar , zahir dan batin. Dalam keadaan ‘Solatun Daimun “ ( kekal dalam solat) sebagaimana maksud Qur’an “ Wa’aqimissolatali Zikri “ ( Dan mendirikan solat untuk tujuan MENGINGATI ‘Dia “ selalu ) dan “ Wataqollubaka fissajideen” ( Dan pergerakan-pergerakan kamu antara mereka yang SUJUD) pada ‘Dia” insyaAllahu ada ke-Tuhan-an di dalam diri , hati, jiwa, akal , rasa dan perbuatan yang awal-awal lagi sudah konfirm menolak thoghut , ke-Berhala-an dan ke-Syaitan-an di dalam diri zahir dan batin . ( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Minggu, 06 September 2009

Tahap dan tingkatan puasa.

http://akhisalman.blogspot.com
Bulan Ramadan semakin meninggalkan kita. Saat artikel ini ditulis, sudah masuk hari yang ke 16. Bagaimanakah dengan puasa kita. Ditahap "tadika" , "sekolah rendah" , "sekolah menengah " atau "universiti". Masing2 melalui ramadan mengikut tahap keimanan dan ketakwaannya. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Firman Allah swt: ولكل درجات مما عملوا "Dan setiap orang yang beramal mempunyai tahap dan tingkatan yang tertentu." (Al-'Anam : 132)
Kebanyakan kita hanya melalui "ramadan primary school" iaitu hanya menahan lapar dan dahaga. Adakah ini sudah memadai untuk membolehkan puasa kita diterima. Cuba kita renung hadis ini: مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الّزُوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةً فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ "Sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak elok maka Allah tidak memerlukan (memberi pahala) terhadap meninggalkan makan dan minum." (Hr Bukhari - sahih)
Hadis dibawah ini lebih menjelaskan lagi apakah puasa yang sebenar. Nabi saw bersabda: لَيْسَ الّصِيَامُ مِنْ الّطَعَامِ وَالّشَرَابِ إِنَّمَا الّصِيَامُ مِنَ الّلَغْوِ وَالّرَفَثِ "Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha dan tidak bercakap perkataan yang keji." (Hr Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi - sahih)
Setelah kita membaca kedua hadis ini, kita mesti merenung dan mengingati kembali segala puasa-puasa kita sebelum ini. Bagaimana dengan puasa kita selama ini. Cuba kita lontarkan persoalan-persoalan ini:
1. Adakah kita masih mengumpat (walaupun benar) dan mengata keburukan orang lain semasa puasa? Memaki dan mencerca orang lain? 2. Adakah kita masih memandang perkara yang haram semasa puasa? melihat movie yang mengandungi gambar yg boleh menyeronokkan nafsu syahwat kita? kebanyakan drama, filem dll ada perkara ini. 3. Adakah kita masih melakukan hubungan cinta semasa puasa ? 4. Adakah kita mendengar lagu-lagu yang haram atau mendengar orang yang mengumpat ketika puasa? 5. Adakah kita menggunakan tangan dan kaki kita untuk perkara yang haram?
Kalau ada salah satu perkara diatas, maka dikhuatiri pahala amalannya lenyap begitu sahaja. Habislah penat lelah dia berpuasa. Renungilah hadis dibawah ini: رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوْعُ وَالْعَطَش "Ramai orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja." (Hr Ibnu Majah - hasan sahih)
Semestinya kita merasa takut dan bimbang termasuk dalam orang yang tidak diterima puasa dan amalannya. Inilah sikap para ulama salafus soleh yang begitu bimbang amalan mereka tidak diterima walaupun mereka telah melakukan yang terbaik. Abdullah Ibnu Umar berkata:
"Kalaulah aku mengetahui Allah sudah menerima daripadaku satu sujud atau satu dirham sedekah , pasti kematian lebih aku cintai dari segalanya."
Seorang sahabat Nabi saw Fudalah ra juga berkata:
"Kalau aku tahu Allah telah menerima amalanku sebesar biji zarah lebih aku sukai dari dunia dan seisinya."
Oleh itu kita kena sentiasa menilai kembali puasa kita, ditahap manakah ia? kalau kita sudah dapat memelihara anggota kita dari perbuatan yang tidak elok semasa puasa maka kita sudah layak ke tahap pertengahan atau kita sebut "sekolah menengah".
Bagaimakah untuk kita melayakkan puasa kita ditahap "universiti". Kita bukan sahaja menjaga anggota kita semasa puasa malahan menjaga hati kita dari selain dari Allah. Inilah jawapan seorang Soleh, bila ditanya "Kamu puasa dari apa?" lalu beliau menjawab:
أن الصائم عما سوى الله "Aku menahan diri dari mengingati selain dari Allah." Kesimpulan
Marilah kita sama-sama meningkat kualiti puasa kita. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Ini bagi memastikan amalan kita diterima. Ramai orang yang diberi kekuatan untuk beramal tetapi tidak ramai amalannya yang diterima. Imam Ibnu "Ataillah as-Sakandari berkata: رُبَّمَا فَتَحَ لَكَ بَابَ الّطَاعَةِ وَلَمْ يَفْتَحْ لَكَ بَابَ الْقَبُوْلِ "Kemungkinan Allah membuka pintu amal untuk kamu dan Allah belum membuka pintu penerimaan amalan untukmu."
Penerimaan amalan memerlukan keikhlasan dan bertepatan dengan apa yang dituntut oleh syara'. Kita mesti menuntut ilmu untuk memastikan amalan kita bertepatan dengan syariat dan bagaimana utuk mencapai keikhlasan. Oleh itu sama-samalah kita turun belajar menambah ilmu di kelas-kelas pengajian. Sunnah dalam menuntut ilmu adalah belajar berguru secara berdepan seperti mana Nabi terima wahyu dari Jibril dan para sahabat belajar dari Nabi saw. Nabi saw bersabda: مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُرُيْدُ إِلَّا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يُعَلِّمَهُ كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍ تَامٌّ حَجَّتُهُ "Sesiapa yang pergi ke Masjid waktu pagi hanya semata-mata menuntut ilmu yang baik atau mengajarnya dia mendapat pahala orang yang menunaikan haji yang mana sempurna hajinya." (Hr Hakim dan Tabrani - Hasan)
Kenapa pahala sebesar ini tidak diberikan kepada orang yang menambah ilmu dgn pembacaan? Cuba fikir... InsyaAllah saya akan jawab dalam tajuk belajar secara berdepan dengan guru. Tidak salah membaca, malahan digalakkan tapi jadikan ia sebagai tambahan bukan yang utama.
TINGKATKAN KUALITI PUASA KITA Rujukan: Tafsir Sofwatut Tafasir oleh Sobuni, Lataiful Ma'arif oleh Ibnu Rajab dan Makhawifus Solihin Min adamil Qabulil A'mal oleh Dr Muhammad Azuz .
Posted by akhisalman

Selasa, 25 Agustus 2009

KHASIAT AL-FATIHAH

Oleh : Muhammad Khalidi Ramli (MKR)
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak. Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya. Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya. Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud: "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..... ......" Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati.... ...." Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrah u': "Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t." Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali. Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh. Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh. Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t. Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh. Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali: "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu". Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali: "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu". Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun) Sabda Nabi Muhammad s.a.w." "Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan: Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu. Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali. Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini: "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang." Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali. Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali: "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan". 001 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi 002 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam 003 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi 004 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat) 005 Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan 006 Tunjukilah kami jalan yang lurus 007 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat Tafsiran: “AI-Quran” ialah Imam kita dan Panduan kita. Dalam ayat suci ini Allah Ta’ala mengajar kita supaya tiap-tiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulakan dengan menyebut nama Allah Ta’ala, iaitu dengan membaca: , semoga pekerjaan kita itu diberkati Allah Ta’ala dan berjaya. Dengan melakukan yang demikian, bermakna kita berserah bulat-bulat kepada Allah Azza wa Jalla sesudah kita berusaha dan berikhtiar. “Allah” : ialah nama yang khas bagi Zat Tuhan Yang Wajib Al-Wujud, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya. Kalimah “Allah” ini dinamakan “Lafzu’l Jalalah’’yakni kalimah yang menunjukkan “Kebesaran Allah”, dan juga dinamakan “Sultanu’l Asmaa”’ yakni “Raja segala nama Tuhan”.“Ar-Rahmaan” : (Yang Maha Pemurah), “Ar-Rahiim”: (Yang Maha Mengasihani) , kedua-duanya ialah di antara nama-nama Allah (AI-Asmaa’u’l Husna) yang menunjukkan bahawa Allah Ta’ala amat melimpah rahmatNya kepada sekalian makhlukNya. Puji-pujian itu ialah cara atau keadaan yang menzahirkan sesuatu sifat yang baik dan sempurna pada yang dipuji seperti kecantikan, keindahan, kejayaan, kesempurnaan, kebesaran, dan keagungan. Kerana segala kesempurnaan dan kebesaran serta keagungan dan kekuasaan itu hanya ada pada Zat Allah Yang Maha Kuasa: maka hanya Allah Ta’ala sahaja yang berhak menerima puji-pujian, sebagaimana Allah Ta’ala jua berhak memuji ZatNya sendiri. Menurut huraian Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor, Penyemak Kitab Tafsir ini: Satu-satunya jalan bagi menyatakan iman dan takwa kepada Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Kuasa, yang menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat) ialah dengan beribadat atau memperhambakan diri kepadaNya dengan penuh rasa ikhlas dan tawadhu’.Tidak ada lain yang berhak disembah atau diperhambakan diri kepadanya selain dari Allah Yang Maha Kuasa; demikian juga tidak ada lain tempat kita memohon pertolongan iaitu dari Allah Yang Maha Pemurah.Pengertian “ibadat” secara ringkas dapat diertikan sebagai menunjukkan rasa taat setia dan perhambaan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla yang dikenangkan limpah kurnia kebaikanNya serta dirasai dalam hati nurani akan kehaibatan kekuasaanNya .Allah Ta’ala perintahkan supaya kita tidak menyembah selainNya, kerana Dialah sahaja Tuhan yang wajib disembah dengan sebenar-benarnya. Kita juga diperintahkan supaya hanya memohon pertolongan kepadaNya. Ayat ini seolah-olahnya bertentangan dengan ayat 2, surah Al-Maa’idah yang menyuruh manusia bertolong-tolongan antara satu sama dan dalam membuat amal kebajikan dan bertakwa kepada Allah Ta’ala. Yang bererti kita disuruh supaya meminta pertolongan sesama manusia; sementara ayat 5 dalam surah Al-Fatihah ini menyuruh supaya kita hanya memohon pertolongan kepada Allah Ta’ala semata-mata. Sebenarnya tidak ada pertentangan di antara kedua-dua ayat itu, kerana usaha dan amal perbuatan manusia adalah bergantung kepada adanya sebab-sebab yang dapat menghasilkan kejayaan itu dan ketiadaan halangan-halangan yang merintanginya. Demikianlah kejadian alam ini, segala yang berlaku itu pada keseluruhannya adalah melalui adanya sebab-sebab dan syarat-syarat yang telah diatur oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Manusia sebagai makhluk Tuhan telah diberikan nikmat ilmu pengetahuan melalui akal fikirannya yang waras, di samping itu diberikan tenaga kekuatan untuk mengatasi sesuatu halangan. Oleh itu, yang menjadi tanggungjawab bagi manusia ialah menggunakan segala ikhtiar dan daya usaha, meliputi cara-cara bergotong-royong dan bantu-membantu antara satu sama lain, yang disertakan dengan doa memohon bantuan dan pertolongan kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Semuanya ini adalah merupakan sebab-sebab yang telah ditentukan oleh Allah Ta’ala bagi pelaksanaan sesuatu pekerjaan. Dan segala-galanya itu tidak lain hanyalah merupakan usaha ikhtiar kita sahaja. Setelah kita berusaha dan berikhtiar maka kita serahkan pula Penentuan natijah dari usaha kita itu kepada Allah Yang Maha Kuasa. Penunjuk hidayah yang dipohonkan di sini ialah penunjuk yang disertakan dengan taufik supaya kita sentiasa berada pada jalan yang diredhai Allah Ta’ala. “Orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka” ialah Nabi-nabi, Rasul-rasul dan orang-orang yang beriman serta beramal salih. Dan jalan mereka, selain daripada beriman serta beramal salih ialah membimbing manusia ke jalan kebaikan dengan perbuatan-perbuatan yang baik dan perkataan yang murni serta sanggup menanggung beban dan tanggungjawab dengan penuh ikhlas, sabar dan bertakwa. Itulah dia “As-Siraatu’I Mustaqiim” (jalan yang lurus). Menurut Hadith Nabi Muhammad s.a.w.: "Orang-orang yang dimurkai" itu ialah kaum Yahudi, dan “Orang-orang yang sesat” ialah kaum Nasrani.” (Tafsir Al-Alusi, 1:90).Ada juga Ahli Tafsir yang memberikan huraian lanjut mengenainya. Menurut Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim - Penyemak Kitab Tafsir ini - bahawa kesimpulannya seperti berikut: “Orang-orang yang dimurkai Allah” ialah orang-orang yang mengingkari atau menyembunyikan sesuatu perkara agama yang telah diketahuinya betul dan benar, atau orang yang tidak mahu menerima sesuatu hukum agama yang sampai kepadanya dengan keterangan-keterang an yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti: perasaan takassub atau fanatik kepada sesuatu pendapat, keinginan hendak menjaga nama dan taraf, ingatan hendak memelihara keadaan dan kedudukannya yang turun temurun, atau fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat. "Orang-orang yang sesat” pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang pengetahuan agamanya tidak betul, kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan yang sebenarnya. Orang-orang yang tersebut kalau mereka tidak sesat dalam urusan kebahagiaan hidup dunia kerana sihat pancaindera dan tepat pendapat akal mereka pada zahirnya, maka tak dapat tidak mereka sesat dalam urusan kebahagiaan hidup di akhirat. kerana pengetahuan agama Allah sahaja yang sanggup menunjuk dan membimbing pengikutnya kepada kebahagiaan akhirat. SUMBER: PUSTAKA ILMIAH PEMUDA BIJAN Muhammad Khalidi Ramli, Chief Executive Officer, NH ARIES SDN. BHD.(787182- W). www.kowasa.org

Rabu, 19 Agustus 2009

Beberapa Peringatan 5 - Apabila umatku telah membuat 15 perkara

Oleh : Hizamri Johari Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala ( jerebu, h1n1, h5n1, aids ) pasti akan turun ke atas mereka iaitu: 1 - Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja. ( kroni2, ahli politik, top level management, shareholders, ) 2 - Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan. ( Nak kaya masuklah politik ) 3 - Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat/zakat diberikan sebagai pinjaman). ( Institut Baitulmal kerjasama dengan UITM, kalau tak cukup belanja, boleh buat pinjaman. ) 4 - Suami taat pada isteri. ( Suami takut pada isteri pun dah banyak.. Siap kena belasah/simbah asid lagi.. ) 5 - Anak mendurhakai ibunya. 6 - (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya. 7 - (dan) menjauhkan diri dari bapanya. ( Ibu bapa tidak lebih dari ATM tempat dapat wang belanja ) 8 - Suara-sura ditinggikan di dalam masjid. 9 - Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu. (http://www.geocitie s.com/surprising 2008/seks. htm ) 10 - Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya. ( polis, sb, yang pro kepada sebelah sahaja pihak.. ) 11 - Arak diminum di merata-rata tempat. ( siap buat pertandingan minum arak lagi.. ) 12 - Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan). 13 - Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja. ( artis dapat pangkat.. termasuklah Dato' Shah Rukh Khan.. ) 14 - Banyak muzik dimainkan. ( jom heboh, afx, jjl, hmi, mi, dll - dalam masiid je yang belum lagi ) 15 - Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu. ( Syiah.. Golongan Anti Hadith.. ) Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.” WAllahua3lam Wassalam Hizamri

Rabu, 12 Agustus 2009

Menyambut Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM...
Berikut ini ana nukilkan kembali wasiat Baginda Rasulullah saw. pada malam terakhir bulan Sya’ban, dalam khutbah Beliau saat menyambut datangnya bulan Ramadhan.. Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah; bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Jam demi jamnya paling utama. Inilah bulan ketika kalian diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh Nya. Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian diijabah. Bermohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan shaum dan membaca Kitab Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini… Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal kalian dengar… Bertobatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu shalat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba Nya dengan penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada Nya. Wahai manusia..! Sesungguhnya diri kalian tergadai karena amal-amal kalian. Karena itu, bebaskanlah dengan istigfar. Punggung-punggung kalian berat karena beban (dosa). Karena itu, ringankanlah dengan memperpanjang sujud. Ketahuilah! Allah Swt. bersumpah dengan segala kebesaran Nya, bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Nya. Wahai manusia..! Siapa saja di antara kalian memberi buka kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu… Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air. Wahai manusia..! Siapa yang membaguskan akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melewati sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan kejelekannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka Nya pada hari ia berjumpa dengan Nya. Siapa saja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat Nya pada hari ia berjumpa dengan Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat Nya pada hari ia berjumpa dengan Nya. Siapa saja yang melakukan shalat sunnah pada bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan shalat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 shalat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak shalawat kepadaku padai bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain. Wahai manusia..! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagi kalian. Karena itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Karena itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya setan-setan terbelenggu. Karena itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian… Wahai manusia..! Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’. Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya. Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang… Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari budak sahaya, niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka. Karena itu, perbanyaklah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhan kalian; dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga. [HR Ibnu Khuzaimah] semoga bermanfaat kepada kaum muslimin yg inginkan rahmat dan maghfirah dari Nya... Selamat menyambut bulan yg penuh berkah Ramadhan al mubarak Wassalam..
TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!
Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada diKedah, Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tem! pat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh! kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia,Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1, 400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibr! ahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak).... Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza. Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam! , tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Serawak ,Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. . .. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek -le! pasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian: 1. Desakan hidup 2. Kurang agama Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid... Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka. Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (! sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat 1. Tidak boleh hisap rokok 2. Tidak boleh minum arak 3.. Tidak boleh makan benda! -benda berdarah 4. Tidak boleh kahwin. Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.. dipetik dari: http://bbcatlover.blogspot.com

Selasa, 11 Agustus 2009