Minggu, 02 Agustus 2009

KISAH POKOK EPAL

> Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. > Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok > epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta > memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu > terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu > menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut. > > Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. > Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar > pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok > epal tersebut dengan wajah yang sedih. > > “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. > > “Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” > jawab budak remaja itu. > > “Aku mahukan permainan. Aku pe! rlukan wang untuk membelinya,” tambah budak > remaja itu dengan nada yang sedih. > > Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang > ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat > membeli permainan yang kau inginkan.” > > Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan > pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa > sedih. > > Masa berlalu… > > Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal > itu merasa gembira. > > “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. > > “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. > Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. > Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu. > > “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong > dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal > itu memberi! kan cadangan. > > Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal > itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira > tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu. > > Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. > Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan > pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. > > “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. > > “Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka > bermain-main di > sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. > Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki > itu. > > “Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh > memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar > dengan gembira,” cadang pokok epal itu. > > Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. > Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali > lagi selepas itu. > > Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah > usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang > pernah bermain di sekitar pokok epal itu. > > “Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku > sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, > batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir > mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu. > > “Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk > memakannya, aku > tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak > mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa > penat dan > ingin berehat,” jawab lelaki tua itu. > > “Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu. > > Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu d! an berehat. > Mereka berdua menangis kegembiraan. > > > > CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITO BERFIKIR TENTANG > PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG > DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA > KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA > MENINGKAT REMAJA, > KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN > MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM > KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA > SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. > > ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK > EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK > MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. > JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA > SETIAP TAHUN. > > SEMOGA MEMBERIKAN KEI! NSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar