Senin, 20 Juli 2009

Antara 9 Siti yang patut dicontohi

Zailina Mahmud 1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'. 2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 3) Siti Aisyah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama. 4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa. 6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah. 7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia. 8) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja. 9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t. http://zailina88. blogspot. com

Minggu, 19 Juli 2009

10 Kunci Persahabatan yang Baik

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekali pun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan...dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
8) Belajar daripada satu sama lain.
9) Jangan mengata di belakang kawan anda.
10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Isteri Cantik Jelita, Suami tak Hensem

SEWAKTU dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur bulan lalu, saya berbual dengan penumpang di sebelah yang memperkenalkan diri sebagai V. Manis orangnya dengan tahi lalat macam Siti Nurhaliza. Ketawanya nyaring dan bertambah nyaring bila berbual tentang suami. V sudah berkahwin dan katanya,
" I tak pernah bayangkan akan mengahwini dia."
Saya renung wajahnya dengan dahi berkerut. Mengapa?
"Dia bukan cita rasa saya. Saya selalu angan-angan mengahwini seorang doktor. Tapi dia... emm... guru. Sudahlah tidak berapa tinggi, tidak berapa kacak dan perut pun tidak berapa ramping."
"Tapi sudah tiga tahun kahwin, sudah ada anak seorang, saya tahu sampai mati pun saya akan cintai dia seorang saja."
Saya rumuskan begini: tidak berapa tinggi - pendek @ katek, tidak berapa kacak - hodoh @ tidak sedap mata memandang, dan perut tidak berapa ramping - gendut @ buncit. Saya hanya senyum sendiri. Kata Harvilee Hendrix penulis buku "Getting the Love You Want", cinta romantis menyuburkan fantasi juga kejahilan dan ia tidak sesuai untuk tempoh jangka masa panjang.
Jadi, jika anda sedang mencari-cari pasangan, jangan terlalu banyak bermimpi. Sila lupakan gabungan lima kriteria utama ini dan berpijaklah di bumi nyata.
1. Lelaki kacak dengan badan atlit - jika anda tertarik pada lelaki kerana kecantikan fizikalnya, oh.. Anda harus meminta dia berusaha keras mengekalkannya hingga hujung usia. Paling penting, lelaki yang menghabiskan masa di gym dan mengambil makanan tambahan untuk kecantikan tubuh tentu saja tidak akan memaafkan anda, jika anda terlebih berat (terutama selepas bersalin) atau baju terlebih saiz.
2. Lelaki macho dengan gaya unggul - terpesona kerana kekemasan dan ketrampilannya? Baca ini, saya tahu dia seorang peguam dan menghabiskan banyak masa untuk kelihatan mempersona dan berwibawa tapi adilkah jika dia melepaskan peluang bercuti sekeluarga untuk membeli suit baru sedangkan semuanya sama saja pada saya, hitam dan putih! Maaf ya, nampaknya koleksi dalam almari lebih penting dari anda.
3. Kerjaya prestij - kerja hebat dengan gaji mantap. Emm... tentu saja kerjaya akan didahulukan daripada anda. Apa yang akan terjadi, dari urusan bil air api, susu anak, yuran sekolah anak hinggalah hutang kereta, anda yang akan selesaikan, jadilah anda superwomen! Lelaki yang mampu fokus kepada kerja tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan anda walaupun dia tidak berbadan atlit, tidak bergaya adalah lebih berbaloi.
4. Kereta mewah menjalar - pasti punggung terasa mengembang duduk di sebelah jejaka kacak dengan kereta mewah hingga rambut pun kusut masai meredah angin. Lelaki selalu menjadikan kereta isteri nombor satu terutama jika dia memandu kereta dengan dua tempat duduk adalah lelaki yang selalu mengaitkan kereta dengan kelelakian. Mampukah nanti dia menukar kereta dua tempat duduk atau kereta yang sudah diubahsuai ribuan ringgit menjadi kereta keluarga dan membawa anak-anak yang tentu saja akan mengotor dan menghenyak-henyak kerusi empuk?
5. Datang dari keluarga sempurna - lelaki yang sempurna mesti datang dari keluarga sempurna. Maksudnya, dia dan semua adik beradiknya graduan universiti. Masing-masing berjawatan hebat, dari kalangan datuk-datin, tan sri- puan sri, mesra dan sejahtera sepanjang masa. Walau siapa pun kita, sesekali berkocak juga hubungan keluarga. Abang Ngah mungkin tidak mesra dengan abang Chik. Dia pula anak kesayangan yang dicemburui. Itu bukan luar biasa dan itu bukan tanda dia tidak mampu jadi suami yang baik.
Perkahwinan bukan untuk sehari tapi hingga jasad tertanam. Carilah yang sesuai di hati, jangan hipokrasi... paling utama cerminlah diri sendiri. Bak lirik lagu popular, "jangan kau harap jangan kau mimpi..."

Motivasi : Dr. Fadzilah Kamsah

Tatacara Tidur :
* Dr Fadzilah Kamsah juga pesan kepada sang suami-suami: sebelum tidor tiap malam, maafkanlah isteri (isteri-isteri) anda, kerana jika anda mati, maka isteri anda akan berada dalam keadaan telah dimaafi suami, dan dengan itu maka mudahlah baginya memasuki syurga. (Isteri tidak dapat memasuki syurga jika suaminya tidak memaafkannya)
* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.
Tatacara Makan :
* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
Tatacara di bilik air :
* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang
* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar
Tatacara didik anak :
* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangatwaja & exuberant.
Tatacara didik diri sendiri :
* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg-ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc.
Ada 3 kategori manusia :
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understandhis words better that those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Rabu, 15 Juli 2009

Semakin hari semakin sayang ...

Semakin hari semakin sayang. Begitulah sepatutnya ungkapan ini diluahkan oleh murid-murid yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan di atas?

Sayang di sini bermaksud sayangkan diri kita yang sudah lama menunggu untuk menduduki peperiksaan UPSR yang menjelang tiba. Jika anda sayangi diri anda maka anda juga harus sayangi perkara-perkara berikut:

• Sayangi masa: Masa amat begitu singkat sekali, hanya beberapa minggu sahaja lagi anda akan menemui masa yang dinanti-nantikan selama ini. Oleh itu setiap detik amat berharga dan tidak boleh dibiar berlalu begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah. Jika anda sayangkan masa maka janganlah disia-siakannya dengan menangguh-nangguhkan kerja, melewat-lewatkan waktu belajar, berbual kosong dengan rakan ketika dalam kelas atau berehat panjang hingga menjadi malas. Gunakan sepenuh masa untuk mengulang kaji pelajaran, bertanya guru atau berbincang dengan rakan. Satu atau dua minit yang anda gunakan itu mungkin dapat melonjakkan diri anda ke aras prestasi yang lebih tinggi.

• Sayangi kebolehan diri anda. Anda sebenarnya mempunyai kebolehan diri. Anda boleh mengikuti pelajaran dengan baik dan boleh mencapai kejayaan dengan cemerlang. Amat sayang sekali jika kebolehan yang ada pada diri anda itu dipersia-siakan di saat-saat akhir ini. Oleh itu sayangi dan hargai diri anda dengan kebolehan yang dianugerahkan oleh Allah. Gunakanlah kebolehan anda sepenuhnya tanpa merasa jemu atau bosan untuk terus belajar dan mencapai kejayaan.

• Sayangi pelajaran anda. Ayah dan emak telah banyak mengorbankan masa menghantar anda ke sekolah, ke kelas tuisyen atau membelanjakan wang untuk membeli buku tambahan. Enam tahun anda telah berdamping dengan pelajaran anda. Guru pula telah mengajar anda dengan sebaik mungkin serta menganjurkan pula kelas-kelas tambahan. Oleh itu janganlah disia-siakan pelajaran yang telah diajar kepada anda. Ilmu itu ibarat cahaya yang akan menerangi kehidupan anda di masa yang akan datang. Ilmu tidak akan pupus dan akan terus berkembang di dalam diri anda. Agama Islam menuntut kita untuk belajar serta beroleh ilmu kerana ilmu itu panduan hidup. Sayangilah ilmu yang anda telah belajar selama enam tahun ini. Oleh itu dalam masa yang singkat ini penuhilah dada anda dengan ilmu, dan teruskan menghayatinya sehingga menjelang hari peperiksaan.

Semoga sifat penyayang ini akan membakar semangat anda untuk terus belajar dan mencapai kejayaan yang bakal menanti anda nanti.

Jumat, 03 Juli 2009

Fakta berlakunya Konspirasi terhadap Anwar

Dari Blog KedahLanie..!

Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor. Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan (foto), gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut. Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar. Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif. Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau. Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.

Mereka dipaksa meminda bahawa kesemua mangsa itu memang telah diliwat oleh Anwar biar pun hakikatnya adalah tidak sama sekali. Bagi mereka yang tidak mahu terlibat dan bersekongkol dengan kerja jahat tersebut, maka akan ditukarkan. Namun, beliau bersyukur kerana kini selesa berpindah ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan ketika itu. Maka itu, jika laporan yang memang sudah sahih menunjukkan mangsa tidak diliwat itu pun mahu dipinda supaya berlaku sebaliknya. Apatah lagi laporan yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi dulu. Kini, akhirnya kebenaran bagai kian terserlah apabila ketiga-tiga doktor pakar yang merawat Saiful Bukhari dalam kes liwat terbaru Anwar kini sebulat suara mengeluarkan kenyataan bahawa anak muda itu memang tidak ada kesan dan tanda-tanda diliwat. Apakah ketiga-tiga doktor pakar terbabit akan menerima nasib yang sama seperti Dr.Zahari Noor agaknya? Nantikan sahaja kesudahan episod misteri ini. Ternyata kini, bahawa kesemua laporan klinikal membuktikan yang Saiful “masih teruna”, dan wajarlah kes perbicaraan liwat yang bakal diadakan pada 1 Julai 2009 ini juga turut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Di bawah ini dipaparkan sedutan artikel berkaitan Dr.Zahari :-

Dr.Zahari, Contoh Darah Anwar Bukan Untuk DNA

KUALA LUMPUR [30 Dis 1998] - Seorang pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa contoh darah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh digunakan untuk ujian DNA kerana ia diambil dan disediakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD (penyakit kelamin). Dr Zahari Noor berkata, oleh kerana itu beliau menolak permintaan polis sebanyak dua kali supaya contoh darah itu digunakan untuk ujian DNA. Menurutnya, ketika di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 28 September lalu bagi mengambil darah Anwar, beliau ditanya oleh Asisten Mohd Rodwan Mohd Yusof sama ada ujian DNA boleh dilakukan terhadap Anwar. Katanya, beliau menasihatkan polis supaya tidak mengambil darah Anwar untuk ujian DNA kerana Anwar hanya memberi persetujuan supaya darahnya digunakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD. “Pada 15 Oktober lalu, Mohd Rodwan dan SAC I (Senior Asisten Komisioner) Musa Hassan datang ke HKL dan bertanya sama ada mereka boleh mengambil contoh darah Anwar untuk analisis DNA,” katanya. Dr Zahari berkata mereka memberikan empat sebab kepada polis mengapa ujian DNA tidak boleh dilakukan terhadap darah Anwar:

1.Contoh itu tidak disediakan untuk analisis DNA, 2.Ia tidak sesuai untuk ujian DNA 3.Keputusan ujian DNA itu tidak boleh dipercayai. 4.Ia boleh membawa keputusan yang mengelirukan kerana kami menyimpan 5.contoh darah itu di dalam bekas biasa tanpa pengawet atau EDTA.

Katanya, mereka kemudian mencadangkan kepada polis bahawa mereka bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil contoh darah Anwar di penjara Sungai Buloh untuk ujian DNA jika tertuduh membenarkannya. Saksi pendakwa ke-20 itu memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail pada perbicaraan yang memasuki hari ke-35 itu. Sebelum itu, Dr Zahari berkata, beliau mengambil contoh darah bekas setiausaha sulit Anwar, Mohamad Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Tahrin dan anak perempuan pasangan itu yang berumur tiga tahun, Farah Afifa pada 29 Julai lalu, bagi ujian DNA. Katanya, beliau mengambil contoh darah Anwar pada 28 September lalu selepas diminta oleh polis. Bagaimanapun, beliau mengakui HKL tidak menjalankan ujian DNA dan beliau sendiri tidak pernah menjalankan ujian atau mempunyai pengalaman amali dalam teknik terkini DNA kerana ia bukan bidangnya. Dr Zahari berkata, contoh darah itu disimpan selama dua bulan setengah sebelum polis mengambilnya pada 9 Disember, bagi dihantar kepada Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk ujian DNA. Di bawah ini satu lagi laporan yang telah dikeluarkan oleh seorang doktor berhubung dengan kekeliruan laporan yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Dr.Zahari berhubung dengan kes liwat Sukma Dermawan. Di sini jelas sekali menunjukkan bahawa media memang berperanan untuk memesongkan fakta sebenar bagi mengubah persepsi dan tanggapan rakyat terhadap kes ini dulu. Maka wajarlah media seperti ini ditolak oleh rakyat demi menjaga minda generasi muda agar tidak terus terpesong. Cuba lihat artikel berkenaan bagi menjelaskan lagi tentang perkara ini :-

Utusan Malaysia Putarbelit Testimoni Dr.Zahari

[10 Feb 2000] - Saya agak terperanjat dengan tajuk berita di Utusan Malaysia (UM) hari ini (bukan saya beli tetapi kepunyaan rakan saya ) bertajuk ‘Saksi akui ada kemungkinan Sukma diliwat’. Kenyataan ini dikatakan dikeluarkan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor semasa menjadi saksi pembelaan kes ‘liwat’ DSAI semalam. Kenyataan ini agak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Dr Zahari Noor semasa perbicaraan kes ‘rasuah’ DSAI tahun lepas di mana beliau mengatakan bahawa TIDAK ADA BUKTI PERUBATAN YANG MENUNJUKKAN BAHAWA SUKMA PERNAH DILIWAT PADA LIMA TAHUN KEBELAKANGAN INI DAN TIADA BUKTI MENUNJUKKAN SUKMA ADALAH PENGAMAL HOMOSEKS BERTERUSAN (HABITUAL HOMOSEXUAL). Oleh kerana saya tidak puas hati dengan laporan UM tersebut, saya pergi ke gerai akhbar dan membelek (bukan membeli) akhbar tabloid the Star mengenai kes ‘liwat’ DSAI. The Star memberi tajuk ‘NO SIGNS OF ANAL PENETRATION’ bermaksud tidak ada tanda-tanda dubur Sukma telah ditembusi. The Star juga mengatakan bahawa Dr Zahari Noor tidak dapat mengesahkan samada Sukma pernah diliwat atau tidak (’Dr Zahari Noor said he could not determine whether Sukma had ever been sodomised or not’ ). Jadi yang mana satu hendak dipercayai sekarang, UM atau the Star? (Rujuk Video Pengakuan Sukma

Nampaknya UM masih cuba menipu rakyat dengan memutarbelitkan testimoni Dr Zahari Noor. Seboleh mungkin UM mahu juga meyakinkan rakyat bahawa DSAI adalah pengamal homoseks. UM juga cuba menonjolkan cerita mengenai parut yang berada di dubur Sukma sebagai bukti liwat. Bukankah kita telah diberitahu dahulu oleh saorang doktor bedah bahawa parut itu adalah kesan dari pembedahan buasir (haemorrhoids) yang dialami oleh Sukma. Doktor bedah tersebut juga menyatakan bahawa tidak ada bukti masalah buasir Sukma bersangkut paut dengan amalan homoseks yang didakwa diamalkan oleh Sukma. Di dalam buku perubatan pun tidak ada dinyatakan bahawa kegiatan liwat boleh menyebabkan penyakit buasir. Sekiranya benar Sukma adalah pengamal homoseks berterusan (habitual homosexual) seperti yang didakwa, sudah tentu pemeriksaan dubur Sukma akan menunjukkan kesan sekalipun amalan tersebut menggunakan lubricant. Dubur sesaorang pengamal homoseks berterusan akan menjadi lembut (lax atau patulous di dalam istilah perubatan) apabila doktor melakukan ‘digital per rectal examination’ tetapi ini tidak dikesan pada dubur Sukma. Yang pendakwa bertanya mengenai pemeriksaan ‘proctoscopy’ apa relevannya? Nak tengok ada buasir ke di dalam dubur Sukma? Setahu saya proctoscopy dibuat untuk melihat buasir pada peringkat awal iaitu dipanggil ‘first degree atau second degree haemorrhoids’, bukan untuk menunjukkan bukti liwat.

Yang menghairankan saya ialah akhbar Berita Harian (BH) yang saya belek di gerai akhbar hari ini tidak ada langsung laporan mengenai kes perbicaraan ‘liwat’ DSAI. Adakah kerana pada peringkat pembelaan ini di mana DSAI dan Sukma sudah memgemukakan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa tuduhan ‘liwat’ itu tidak benar dan sengaja diada-adakan maka BH tidak berani melaporkan? Kenapa tidak perbesarkan bukti yang dikemukakan oleh Sukma bahawa Tivolli Villa hanya diduduki selepas April 1993? Satu lagi berita terbaru yang menarik mengenai kes ‘liwat’ DSAI ialah mengenai usaha peguam-peguam DSAI untuk memanggil Dr Mahathir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Dr Mahathir pernah berkata selepas memecat DSAI ‘ I did my own investigations other than the police investigations regarding DSAI homosexual activities and I was convinced’. Saya berhajat benar agar Dr Mahathir dapat memberitahu mahkamah bagaimana beliau melakukan kajian salahlaku seks DSAI dan memberikan bukti-bukti kukuh seperti yang didakwa oleh beliau. Sedangkan polis sendiri di bawah SAC 1 Musa Hassan sendiri sampai sekarang tidak dapat bukti kukuh, maka adalah penting Dr Mahathir sendiri hadir ke mahkamah sebagai saksi [Maka dengan ini, sama-samalah kita lihat apakah pula trick dan helah yang akan digunakan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan beliau telah diliwat Anwar. Apakah pihak polis boleh menerima keterangan dari "mulut" Saiful daripada laporan klinikal daripada Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi itu agaknya. Jika laporan mulut diterima oleh polis dan mahkamah, maka memang zaman kehancuran sistem kehakiman dan undang-undang negara akan berlaku lagi akhirnya. Masyarakat dunia akan merasa takut untuk datang serta melabur di Malaysia, selepas melihat kes pembunuhan dan jenayah dipermain-mainkan oleh mahkamah di negara ini. Justeru itu, kembalilah kepada kebenaran dan tegakkan keadilan. Kembalikan semula keyakinan rakyat terhadap isntitusi kehakiman negara. Usahlah kita terus biarkan generasi kita terbelenggu dengan sistem kehakiman yang terpesong daripada matlamatnya. Sia-sia sahaja anak-anak kita belajar ilmu undang-undang di universiti dalam dan luar negara, jika inilah amalan undang-undang yang mahu dipertontonkan].